islam itu mudah


Seorang gadis yang sangat cantik orangnya ingin bernikah. Tetapi dia tidak mahu bercouple-couple dan mahukan seorang bakal suami yang sangat warak.
Jadi, dia pun membuat hebahan yang dia sudi menerima mana-mana jejaka yng ingin menikahinya akan tetapi dengan syarat-syarat:

    Lelaki itu harus berpuasa sepanjang tahun
    Lelaki itu wajib khatam Al Quran setiap hari
    Lelaki itu harus beribadah sepanjang malam setiap hari.
Tidak ada seorang pun lelaki yang sanggup menerima ketiga² syarat itu kecuali seorang jejaka yang sederhana perwatakan dan penampilannya.

Akhirnya, bernikahlah jua wanita itu dengan lelaki itu. Sepanjang perkahwinan mereka, wanita itu memerhatikan suaminya.

“Ehh.. Tak puasa pulak laki aku hari ni. Macam mana nak puasa setahun?”

“Hmmm.. Aku tak nampak pun dia baca Quran hari ni…”

“Tak nampak pun laki aku bangun malam pagi ni. Dia tak solat malam ke?”

Setelah sebulan berkahwin, akhirnya wanita itu tidak dapat menahan kesabarannya lagi. Dia menganggap suaminya itu menipu. Maka dia pun membuat permohonan cerai di mahkamah sambil menyatakan alasan “ditipu oleh suaminya”
Di Mahkamah:

“Masa nak nikah dulu dia setuju syarat² yang saya letak. Dah kahwin langsung tidak tunaikan. Penipu!” rungut wanita itu pada hakim.

Hakim pun bertanya kepada lelaki itu, “kamu ingat apa syarat² nikah yang isteri kamu letakkan?”

“Ingat, yang arif. Puasa sepanjang tahun, solat malam non stop setiap hari, khatam Quran setiap hari,” jawabnya dengan nada lembut.

Hakim bertanya lagi. “Habis tu kamu tak buat?”

Pemuda itu selamba jawab, “Buat….”

Hakim menjerkah, “Isteri kamu kata kamu tak buat. Macam mana ni?”

Pemuda itu tak mahu mengalah. “Sungguh saya buat yang arif. Takkan saya nak tulis report card nak bagi tahu saya buat apa hari ni? Nanti riak pulak” ujarnya

Hakim tidak berpuas hati dengan jawapannya lalu bertanya, “Baik. Hari ini kamu puasa tak?”

“Tak,”jawabnya.

Hakim terus membalas, “Hah! Kamu tidak puasa hari ini, habis macam mana kamu kata kamu puasa sepanjang tahun?”

Lalu lelaki itu menjawab,

“Rasulullah telah bersabda sekiranya seorang itu menunaikan puasa Ramadhan sebulan dan kemudiannya menyambung dengan puasa sunat syawal 6 hari, maka seolah² dia telah berpuasa sepanjang tahun. Saya puasa Ramadhan dan puasa 6 setiap tahun, jadi saya seolah² berpuasa sepanjang tahun.”



Hakim tu tersentak. “Habis tu mcm mana kamu khatam Al Quran setiap hari? Saya nak baca 3 muka surat sehari pun susah nak cari masa.Pemuda itu terus menjawab, “saya baca Surah Al Ikhlas 3 kali setiap kali saya sebelum tidur.

“Rasulullah bersabda sesiapa yang membaca surah Al Ikhlas 3 kali maka seolah²nya dia telah membaca keseluruhan Al Quran,” jawabnya sambil buat tersenyum lebar kepada hakim.

Hakim itu makin tergamam. “Solat malam pula, bagaimana kamu buat?”

Pemuda itu sekali lagi tersenyum,

“Saya solat Isyak dan solat Subuh berjemaah.

Rasulullah bersabda, barangsiapa yang berjemaah pada waktu Isyak dan Subuh maka seolah²nya dia telah beribadah sepanjang malam”

Dia terus menyambung,

“Islam itu indah, yang arif. Tetapi kita selalu mengukur kewarakan dan kealiman seseorang itu berdasarkan berapa banyak amalan seseorang itu yang dizahirkan sedangkan Allah mementingkan kualiti berbanding kuantiti.

“Kita cuma diberikan Allah 24 jam sehari semalam, maka pandai²lah kita bahagikan masa selaku manusia yang menghidupkan dunia serta mencari akhirat. Bukankah mencapai kejayaan di dunia juga merupakan ibadah dan apa gunanya jika melakukan ibadah tanpa istiqamah, semua itu hanya sia-sia.

Hakim terangguk-angguk setuju lalu memerintahkan si isteri bangun.

“Awak sepatutnya berasa beruntung dan bersyukur. Awak telah dinikahkan dengan seorang lelaki yang bukan sahaja amat warak tetapi amat berilmu. Dengan ini saya isytiharkan kes ini dibatalkan…”

Si suami tersenyum puas.

tempat utk mndapt duit

hari ini mira nk cerita pasal kerja mira . di mna tmpt mira cari rezeki.. kawan kawan mira selalu tanya kenapa mira pilih ini. kenapa eh . ayat biasa mira dgr . bdk sekolah pun boleh kerja mcm ni. ko bkn tak ada diploma.

sebhagian  kerja yg aku kena buat . 

mesti korg nak tahu kn kn. bukn tak ada kerja lagi bgus. kerja kerajaan ke? opis ke? opis !! opsss . mmg tak mungkin kerja opiss . sbb mira tk ada jiwa nk kerja yang menghadp pc 8 jam . ok bosan.. 

sekarang ini mira kerja sebagai promoter dekat parkson sunway pyramid . mesti ada yg ckp bdk tk ada spm pn boleh kerja mcm ni, tp mira ada sebab tersndiri kenpa pilih kerja. mira lebih suka kerja yang tak ada tekanan. kerja enjoy tk ada paksa. . biar penat asalkn apa yang kita dapt berbaloi.  .



dia partime mira. rajin dan boleh diharap.  terima kasih yani sebb selalu bntu saya . 

we back

assalammuaikum semua pembaca.

lama bukan mira tak updte blog . bukan tak ada masa. bukan juga busy tak ada masa nk updte. cuma satu perkataan saja yang boleh mira bgthu iaitu MALAS.  kuang kuang.  

hari ini tetiba pula rasa nk mengupdte setelah setahun kot . mira menyepikan diri . blog ini dah macam terabai je. kesian plak. lps ini mira nak rajinkn diri la . udpte2 bagi kamu kamu muntah cerita mira yang tiada tamat nyaa. 


ada perubahan tak dekat mira . nampk gemuk atau kurus atau macm dulu. mesti korang semua cakap sama je mcm dulu.  tiada perubahan pun .. hahaha.. mesti la sama, mana boleh ubah ubah.   

itu je la utk mukadimah nya.. ngntok dah ni . time tu tido tido. selamat malam semua.  

ujian itu indah




aku belajr utk terima semua dugaan yang hadir . 
aku belajr cara utk mengatasi sgala masalah dengan senyuman , 
walaupn sebenar nya sukar untuk aku lakukan 
tp aku usaha utk terus lakukan juga.

aku pecaya setiap yg terjadi itu semua kehendak yang maha esa
dan cara allah swt , 
menyatakan bahawa dia trlalu rindu kan aku.
allah rindukan rintihan aku . 
sbb tu allah dtgkan dugaan terhadap diri aku

terima kasih YA allah , 
aku bersyukur kerana kau masih sayangkan aku,
bila aku hampir terlena dengan dunia , kau sedarkan aku terhadap akhirat. 
aku akn berusaha utk terus memperbaiki  diri menuju ke jalanmu . 
ya allah..

raya raya

assalammuailaikum 

selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua umat islam di seluruh negara .  dikesempatan ini mira nak minta maaf kepada sesiapa saja yang pernah myra sakitkan hati, terguris perasaan dan sebaginya. mira minta maaf dri hujung rambut hingga hujung kaki..

tahun ini mira beraya di melaka. jgan pelik ok kenapa mira raya kat melaka tahun ini.  disebabkan anak atuk baru saja kehilangan suami dia. jd atuk buat keputusan nak duduk melaka lama sikit.  jdi nya kami semua terpaksa la beraya di melaka , rumah anak atok yang dekat ayer keroh .


raya tahun ni terlalu serdehana sebb masih dalam mood berkabung. so mcm biasa la malm raya hanya masak biasa-biasa. raya pertama pun x semeriah raya-raya sebelum ini.  lepas raya ke tiga baru semua balik dekat melaka.  baru la meriah bila semua dah sampi kat melaka ini... masa raya kedua sempat lagi kami ke mini malaysia bawa sara dan nadihrah jalan.








ifftar with officemates

assalammualaikum kalian.


banyak kan mira makan. 

cerita ini bermula pada  16.7 .2013 di mana syarikat tempat mira berkerja ada buat jamuan buka puasa di restoran tupai-tupai seksysn 13.  semua staff di wajibkan meghadirkan diri. .bila di katakan wajib hadir dan dgr pula  bigbos yang  belanja  apa lagi semua staff mula bersemagat dapat makan free. bukan senang nak tunggu bos belanja kan. waktu-waktu mcm ni baru la  dapat merasa . kemurahan dan kebaikan bos kami semua. ok. jangan nak puji bos lebih2 sagat. nnt bangga plak bos mira nnt bila tahu pekerja bawah dia . puji lebih-lebih.



menu makan tak terhad. ambil la  banyak mana suka tapi kalau tak habis. sila la bayr sendiri. haha. konon la. bos nak takutkan kami la tu... padahal tak pun. mira mmg org yang makn tak banyak . jd mira hanya ambil sikit . makanan dia mmg banyak dan sampai mira sendiri tak tahu nak makan apa. semua nampak sedap. biasalah org lapar semua nampk sedap bila makan.. hmm.. tapi restoran tupai-tupai ini. makan ni mmg terbaik sedap sedap sampi mira tak larat nak makan. sila la datang makn kat restoran tupai-tupai seksyen 13. siapa yang tak pernah pergi. mmg rugi. cubalah bawak la ramai2 baru meriah kalau makan ramai-ramai. 

selamat membaca. :)

IFFTAR WITH BFF

Asslamualaikum semua.

jumaat lepas iaitu 19 julai 2013 bersamaan dengan 9 ramadhan 1434 mira dan best friend forever mira plan berbuka puasa di restoran khutai. (pelikkan nama restoran itu) . walaupn pelik nama restoran tu makanan dekt rstoran itu mmg trbaik la. makan dia punya la sedap hingga menjilat jari. oo.. kalau ada sesiapa nak cuba makan kat restoran pergi la, tak rugi la. harga pun berpatutan . tak mahal sgt . 


alhamdulilah semua best frend forever mira pergi masa itu. seblum-seblum ni plan ada je yg tak pergi. tp kali ini . semua pergi cuma ada beberapa je yg x dpt join. ada masalah yg x dpt di elakkan, kesmuanya lapan org ok. meriah tak meriah la. bila dh lama x jumpa skali jumpa bercakp tak berhenti. ada je nak di borak kan. 

selsai je makan dekat kedai tu kami semua apa lagi berjalan-berjalan ke mencuci mata dekat kL . pusing-pusing dan akhirnya mencari satu tempat utk lepak dan berborak ., maklum la kan. lama sgt tak brgosip-gosip ttg khdupan masing2 kan.  ada mcm ni , ada macm tu. ok kelakar. bila dah penat brborak. apa lg balik la. dgn perut yang kenyang.  







tema kuning coklat. sweetkan.. 



dugaan bulan puasa


assalamuailaikum semua

dugaan bulan puasa ni mmg sgt menguji fizikal dan mental. baru puasa 3 hari mira dah terima ujian dari allah swt . mira kena gastrik . hanya allah swt je tahu betapa sakitnya . selama ni mira tak pernah kena gastrik kalau  tak makan tp bila bulan puasa ni bukan setakat gastrik je. demam . sakit tekak semua sekali ada. sabar je  dengan dugaan ni,.

mira bersyukur sebab allah dtngkan ujian dekt mira pada bulan puasa  ini, allah sebenarnya nak uji tahap kesabaran dan tahap keimaman mira pada bualan puasa ni. mgkin selama ni mira terlalu ambil ringgan  ttg penjagaan makanan . makan bila rasa lapar je. konon la nak diet padahal dan kurus pun. sekali angin kuat rasa nak terbang . nmpk kan dan smakin papan badan ni.  bila nak gemuk tak tahu laa.

kata org sebab baka mira kecil dan kurus. jdinya badan pun mcm tu la. tk boleh nak gemuk-gemuk. so slim begini saja. nmpk kan riak disini. oopss. melalut plak.  rasanya sempat lgi mira nak ucapan selamat berpuasa kepada semua umat islam yang menyambut bulan ramadhan yang penuh baraokah. 

kerja oh kerja

salam semua..


skrg ni mira dah mula keje sbgai colleter utk TM . tapi jiwa mira tak kena dgn keje ni. bila jiwa dah tak minat dengan kerja ni. mmg tak seronok la berkerja kan. kepala otak ini asik pikir nak brhenti je. padahal baru 3 miggu keje.  makin lama makin bosan dengan keja ni..

keje ni kena sabar dan mental kena kuat  bila kena marah dengan custmer yg mcm2 karenah. kadng menyakitkan hati. hari kedua kerja mira dah nagis sbb tak biasa kena marah. masa itu malu kot tp nak bt mcm mana sedih kot kalau kena maki dan marah2. sapa tak sentapkan. 

staff kat sini semua baik. best juga la. pergai dorang macam mira juga, tp sygnya mira tak berapa suka kerja ni. so jadi tak enjoy buat kerja. nak berhenti, skrg dalam usaha cari kerja baru insyallah lepas raya mgkn bln 11 atau 12.  tahan je utk 3 bulan kat tempat keje ni. 

mira kembali

 assalamualaikum semua.



mira kembali berblogger , sebelum ni mira dah buat keputusan nak tutup acc ni tp disebabkn terlalu cemburu asik baca blogger org lain je kan . mula la hati ini nak buka balik blogger ini yang dah sekian lama terabai.  lepas ni , mira akan kongsi dekat semua apa yang terjadi kat diri mira, sama ada perkara itu mengembirakan atau menyedikan.

utk mukadimahnya. ini saja la yang mira nak sampaikan. haha. sebnrnya dah tak tahu nak taip apa, nnt ada masa lg mira taip panjag-panjag yer,